Friday, February 26, 2010

maulidurrasul S.A.W

Sempena maulidurrasul SAW marilah sama-sama kita menghayati sirah baginda SAW, nabi akhir yang membawa syafaat kepada kita semua orang-orang Islam, mu'min seluruhnya. Sambutan maulidurrasul bukanlah bermakna kita sudah cukup sayang dengan baginda, jika segala suruhannya tidak kita laksanakan, perayaan mengingati baginda SAW. hanyalah sebagai asas bagi setiap mukmin dan mukminat untuk mencerna hidup mereka berlandaskan sunnah baginda SAW.

Menyambut kelahiran SAW. bukanlah untuk bersuka-suka atau untuk menunjuk-nunjuk, namun ianya hendaklah berasaskan taqwa kepada Allah SWT. , dalam ertikata memberi pengiktirafan bahawa hanya sanya Allah sahaja yang berhak disembah, rasul SAW. hanya lah sebagai wasilah yang membawa risalah Allah untuk diamalkan oleh seluruh ummah, pengutusan SAW, adalah untuk membawa wahyu yang diwahyukan...melalui al-Quran yang menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi ummah, baik dari apa saja segi termasuk akhlak....

...akhlaquhu al-Quran....

Muhammad SAW. nabi lagi rasul...

.....hinggalah islam jadi syumul.....