Saturday, August 22, 2009

Buka minda,bekongsi bersama,untuk semua..

Salam ramadhan kpd pembaca budiman...
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT krn masih lagi memanjangkan usia kita hingga ke ramadhan kali ini.Kita sepatutnya merafa'kan kesyukuran kpd Allah atas nikmat ini.Jika kita merenung sejenak,berapa ramai sahabat2 kita,saudara2 seislam kita yg tidak sempat bertemu dgn bulan yang mulia ini?Adakah wajar kita bergembira mensia-siakan bulan yang mulia ini tanpa melakukan amalan yang dituntut untuk kita melakukan pada bulan ini dengan cara yang terbaik?
Renungkanlah satu hadis yang shahih drpd Nabi kita Muhammad SAW..."MAN SOOMA RAMADHAN IIMAANAN WAHTISAABAN,NGUFIROLAHU MA TAQODDAMA MIN ZANBIH".Hadis ini membawa maksud bahawa sesiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan dengan penuh keimanan dan pengharapan drpd Allah SWT maka Allah akan mengampunkan dosa2 nya yang lepas.Apa yang dimaksudkan dengan mendirikan bulan ramadhan ini ialah kita melakukan amalan yang digalakkan kpd kita untuk melakukanya seperti menunaikan solat terawikh,memperbanyakkan membaca al-quran,membanyakkan solat sunat tahajud,bersedekah dan sbgainya.Kesemua amalan ini perlulah dilakukan kerana iman kita kpd Allah.Maksud iman disini bg pandangan saya adalah kita melakukan amalan2 tersebut hanya kerana yakin kita kepada Allah dan Rasulnya.Iaitu kita melakukan semata2 untuk kita menghambakan diri kepada Allah dan mengikut sunnah nabi.
Kita sedia maklum bahawa nabi juga pernah bersabda yang brmaksud "TELAH AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU DUA PERKARA,TIDAK AKAN SESAT JIKA KAMU BERPEGANG KEPADANYA IAITU AL-QURAN DAN SUNNAHKU"Berdasarkan hadis ini,jelaslah bahawa jika kita berpegang kepada al-quran dan as-sunnah,ia akan menjadi benteng kpd diri kita daripada terpelosok ke lembah kehinaan serta perkara2 yang boleh mengancam akidah kita sebagai umat islam.Akan tetapi,kita perlu ingat bahawa apa yang diamalkan selama ini perlulah bertepatan dengan amalan2 yang nabi Muhammad telah lakukan.Kita tidak mahu amalan2 yang kita lakukan ini bercanggah dengan amalan nabi ataupun kita menyalah tafsir hadis2 nabi dan menokok tambah dalam mengamalkan amalan2 tersebut.Jika ini yang telah kita lakukan,sesungguhnya kita telah melakukan penipuan/pengkhianatan/penderhakaan kpd nabi kerana kita telah mendustakan baginda dan sekali gus kita telah menempah neraka di akhirat kelak.
Selain drpd itu juga,seperti mana yang diperjelaskan dalam hadis yang pertama diatas bahawa amalan2 yang kita lakukan perlu dilakukan dengan penuh penharapan kepada Allah SWT.Konsep pengharapan atau dalam bahasa arab disebut sebagai AR-RIJAA' bagi pandangan saya adalah kita mengharap agar Allah menerima amalan kita ini sebagai suatu ibadat kepadaNYA.Allah SWT telah menjadikan kita dimuka bumi adalah untuk kita mengabdikan diri kita kpdaNYA.Adakah kita boleh jamin yang Allah menerima setiap amalan yang kita lakukan?Adakah Allah akan menerima amalan hamba2nya yang bertentangan dengan suruhan nabinya?Kita telah maklum bahawa apa yang diperkatakan nabi itu bukanlah hanya kerana mengikut hawa nafsunya sendiri,bahkan ianya adalah wahyu yang telah diwahyukan Allah kepada baginda.
Oleh kerana itu,untuk kita meluahkan pengharapan yang sebenarnya kepada Allah,haruslah diiringi dengan amalan2 yang benar2 datang drpd nabi.InsyaAllah,kebahagian akan bersama mereka yang sentiasa mengikut apa yang benar drpd nabi.Akhir penulisan,saya menyeru kpd antum semua serta diri saya yang hina ini untuk sama2 kita melakukan apa yang terbaik untuk diri serta masyarakat sekeliling kita agar kita tergolong dalam kelompok mereka yang benar.Salam ramadhan....Abdullah AimanRusydi bin Abdullah

Ramadhan datang lagi

Ya ramadhan kau datang lagi menemui hambamu, kedatanganmu di nantikan pemergianmu dirindui, Ya Allah aku bersyukur padaMu kerana dapat bertemu lagi ramadhanMu.....kami sesungguhnya amat terharu kerana diberi ruang olehMU ya Allah....untuk bersama-sama pada Ramadhan kali ini......



Oleh itu saya dengan penuh takzimnya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini khususnya rakyat Malaysia sekalian, didoakan seluruh rakyat Malaysia dilindungi Allah SWT. lindungi kami ya Allah dari segala bencana, fitnah dan mihnah...



Doa dan selamat berpuasa juga kepada seluruh warga Jakim, khususnya Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah, kedua2 Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah2 Bahagian serta seluruh pegawai2 Jakim, anda adalah sebagai pahlawan kerana bersama2 membanteras gejala2 yang tidak baik, anda adalah mujahid dan mujaddid di zaman ini, anda adalah pemimpin segala pemimipin, agama adalah di bawah tanggungjawab anda, Malaysia mengharapkan kebijaksanaan andah...



wahdah pemangkin khaira ummah.....Allah akbar ........Allah Akbar......

Salam ramadhan khusus kepada Pengarah Bahagian Penyelidikan, semua cawangan2 Akidah, Syariah, Muamalat, khususnya yang amat disayangi semua di Cawangan Kawalan Media, tanpa anda siapalah saya, maaf zahir dan batin..jadikan ramadhan pada kali ini sesuatu yang cukup bermakna sepanjang hidup ini....mungkinkah di ramadhan akan datang kita boleh bersama seperti ini lagi, mungkinkah salah seorang dari kita tiada lagi di cawangan ini atau tiada lagi di alam ini.....apa pun doakan lah agar kita sentiasa berada dalam sihat sejahtera dunia dan akhirat...

apa pun Islam itu syumul.........