Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi

Ya ramadhan kau datang lagi menemui hambamu, kedatanganmu di nantikan pemergianmu dirindui, Ya Allah aku bersyukur padaMu kerana dapat bertemu lagi ramadhanMu.....kami sesungguhnya amat terharu kerana diberi ruang olehMU ya Allah....untuk bersama-sama pada Ramadhan kali ini......



Oleh itu saya dengan penuh takzimnya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini khususnya rakyat Malaysia sekalian, didoakan seluruh rakyat Malaysia dilindungi Allah SWT. lindungi kami ya Allah dari segala bencana, fitnah dan mihnah...



Doa dan selamat berpuasa juga kepada seluruh warga Jakim, khususnya Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah, kedua2 Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah2 Bahagian serta seluruh pegawai2 Jakim, anda adalah sebagai pahlawan kerana bersama2 membanteras gejala2 yang tidak baik, anda adalah mujahid dan mujaddid di zaman ini, anda adalah pemimpin segala pemimipin, agama adalah di bawah tanggungjawab anda, Malaysia mengharapkan kebijaksanaan andah...



wahdah pemangkin khaira ummah.....Allah akbar ........Allah Akbar......

Salam ramadhan khusus kepada Pengarah Bahagian Penyelidikan, semua cawangan2 Akidah, Syariah, Muamalat, khususnya yang amat disayangi semua di Cawangan Kawalan Media, tanpa anda siapalah saya, maaf zahir dan batin..jadikan ramadhan pada kali ini sesuatu yang cukup bermakna sepanjang hidup ini....mungkinkah di ramadhan akan datang kita boleh bersama seperti ini lagi, mungkinkah salah seorang dari kita tiada lagi di cawangan ini atau tiada lagi di alam ini.....apa pun doakan lah agar kita sentiasa berada dalam sihat sejahtera dunia dan akhirat...

apa pun Islam itu syumul.........

No comments:

Post a Comment