Sunday, January 30, 2011

Muhasabah diri sempena tahun baru

Assalamualaikom wh. wbt...n salam persaudaraan,

Syukur kita ke hadhrat Ilahi kerana dapat kembali bertemu saudara i sekalian...sebenarnya dah lama saya tidak aktifkan blog saya atas sebab2 yang tak dapat di elakkan..kini setelah kembali semula ke sini...saya berjanji akan mengaktifkan semula blog saya bagi berkongsi maklumat dengan saudara i sekalian.

Insya4JJI, apa pun saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan tahun pentadbiran baru masihi 2011 kepada anda semua.....sesungguhnya kita pasti bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana masih lagi di beri ruang untuk hidup di dunia ini, saya ingatkan diri saya dan anda semua agar kita indahkanlah dunia ini dengan kesyumulan Islam......dalam semua aspek kehidupan....percayalah harta kekayaan hanya akan berada bersama kita hanya setakat di dunia ini sahaja namun apabila kita dijemput ke alam barzakh harta kita hanya akan mengiringi kita setakat liang lahad sahaja....selepas itu dia akan kembali

apa yang akan kekal bersama kita ialah amalan kita, sedekah jariah kita serta ilmu tang dapat dimanfaatkan...so...marilah sama 2 kita mengindahkan diri kita, jiwa kita dengan keondahan yang ada pada Islam itu sendiri...sesungguhnya Islam itu syumul.....

Sebelum mengakhiri warkah pertama saya untuk tahun baru ini marilah kita renung akan pesanan Rasulullah SAW kepada Abi Hurairah.....iaitu kamu amalkan sepanjang masa akan amanat ku ini iaitu;

=sembahyang solat witir sebelum kamu tidur, solat dhuha setiap hari dan puasa 3 hari setiap bulan iaitu pada 13, 14 dan 15,......jadikan amalan kita selamanya..........

Saya rasa semua orang boleh laksanakan perintah ini.....jadikan ianya amalan......Abu hurairah berkata setelah itu aku tidak pernah tinggal amanat tersebut.....


InsyaAllah sama2 kita menghadapinya dengan penuh ihtisaaban....Wallauhu'alam...Islam itu syumul....31 Jan 2011, Pendang Kedah Dar Aman.

No comments:

Post a Comment